Khamis, 29 Julai 2010

PENGAJIAN BAHASA ARAB BERSIJIL

Program Pengajian bahasa Arab ini diperkenalkan bagi menyebarkan ilmu 'Lughah Arabiah' kepada masyarakat awam di negeri Selangor Darul Ehsan. Di samping mampu membimbing dan mendidik masyarakat dengan ilmu agama, ia juga berperanan dalam mengimarahkan masjid sebagai tempat ibadah dan tempat menuntut ilmu pengetahuan. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Objektif
  • Mengembalikan peranan masjid sebagai tempat ibadah, tempat menuntut ilmu pengetahuan dengan mengimarahkannya secara lebih efisyen;
  • Menyebarkan ilmu Bahasa Arab kepada masyarakat awam sebagai bekalan menjana kekuatan dalam agama ;
  • Memberi peluang kepada masyarakat awam untuk mendalami ilmu Bahasa Arab , mempraktikan kemahiran asas bahasa arab dan dapat berkomunikasi dengan baik di dalam Bahasa Arab serta memahami al-quran, hadith dan kitab-kitab agama yang ditulis dalam Bahasa Arab ;
  • Masyarakat awam dapat mendalami ilmu Bahasa Arab secara formal melalui guru-guru yang berkelayakan, fasih dan berpengalaman luas;
  • Merealisasikan matlamat Selangor Negeri Maju 2005
Tempoh pengajian
Program ini dijalankan dalam tempoh empat (4) semester . Jumlah jas satu semester adalah sebanyak 50 jam

Tempat dan masa

Program ini dilaksanakan di beberapa buah masjid di seluruh negeri Selangor. Program dilaksanakan pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad) .
Pengiktirafan
Peserta yang lulus peperiksaan akan diberikan sijil yang dikeluarkan oleh JAIS dan KUIS. Bagi yang mempunyai kelayakan SPM dengan mengambil Bahasa Arab atau yang setaraf dengannya, mereka berpeluang mengikuti pengajian peringkat Diploma Pengajian Bahasa Arab yang ditawarkan oleh pihak Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Kelayakan

Individu yang berminat hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun dan warganegara Malaysia.  Kelayakan Bahasa Arab atau Pengetahuan Agama Islam  tidak diperlukan.

Pensyarah/Tenaga Pengajar

Kuliah disampaikan sepenuhnya oleh para pensyarah yang dilantik oleh pihak KUIS atau mana-mana pensyarah yang berkelayakan dari universiti tempatan mempunyai kepakaran dalam bidang yang berkaitan.

Yuran program

Yuran akan dikenakan bagi setiap semester seperti berikut;
Semester 1 hingga Semester 4 :    RM 120.00 (KUIS) setiap semester
RM   20.00(Pengurusan) setiap semester

Subjek Pengajian

Semester 1
Al-Qiraah 1
Al-Istima' wa al-Kalam 1

Semester 2
Al-Qiraah 2
Al-Istima' wa al-Kalam 2

Semester 3
An-Nahw al Asasi 1
Al-Sarf

Semester 4

An-Nahw al Asasi 2
Maharah al Kitabah

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke;
Nazir Masjid Al-Huda @
Unit Pendidikan Masjid Al-Huda
Bahagian Pendidikan Islam
email: nazir.alhuda@gmail.com
016-335 9234: Ust Aminuddin Amir