BIDANG TUGAS BIRO-BIRO JAWATANKUASA KARIAH
1. BIRO DAKWAH DAN TARBIYAH
Membentuk jaringan baik antara Masjid Al-Huda dengan surau-surau dibawahnya
Merancang dan melaksanakan aktiviti keilmuan dan dakwah. Contohnya kelas pengajian, kuliah, ceramah, forum, diskusi, liga ilmu dsb.
Memastikan segala program hari kebesaran Islam diadakan
Mengadakan program qiamulail secara konsisten
Mengatur dan menyelia segala pengisian Ramadhan.
Merancang dan mengadakan kursus-kursus berbentuk ilmiah, seminar anti zina, program kemasyarakatan seperti kursus pengurusan asnaf fakir miskin serta muallaf
Menubuhkan skuad mesra muallaf, masyarakat orang asli dan non-muslim
Membantu masjid dalam pentarbiyahan mesra jemaah.
Memberi khidmat kaunseling agama kepada masyarakat yang memerlukan
Pembangunan kelas tahfiz Al-Quran.
2. BIRO PENDIDIKAN & KEBAJIKAN
Program sahsiah motivasi pelajar & ibubapa
Daurah penghayatan belia & remaja Islam
Kelas bahasa, kursus tala’qi dan tuisyen rakyat
Kem smart solat belia dan dewasa
Pengurusan perpustakaan dan pengumpulan kitab agama
Memastikan ikhtifal masjid diadakan setiap tahun
Membantu dan memberi khidmat kaunseling kepada anak kariah bermasalah
Pengurusan bantuan anak yatim, fakir miskin, oku dan ibu tunggal
Pengurusan bantuan kepada anak kariah yang ditimpa musibah
Menziarahi anak kariah yg kematian atau sakit di hospital atau ditimpa bencana.
3. BIRO EKONOM1 & PERBENDAHARAN
Merangka pelan pembangunan ekonomi masjid secara serius dan berkala
Merancang belanjawan masjid secara bulanan dan tahunan
Memastikan ekonomi masjid sentiasa berkembang pesat
Membangunkan setiap sumber yang ada kepada percambahan ekonomi masjid
Mewujudkan pusat perniagaan, butik, kiosk, homestay, rumah sewa dsb
Merancang aktiviti tambahan seperti karnival masjid untuk menjana pendapatan masjid
Memajukan semua tanah waqaf masjid kepada sumber ekonomi utama
4. BIRO PENERANGAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Memastikan setiap hebahan masjid sampai kepada sasaran
Menjadi agen perhubungan bagi masjid dengan MAIS, JAIS, masjid berdekatan, surau-surau dalam kariah masjid dan orang ramai.
Merancang strategi publisiti apabila mengadakan program-program masjid
Mengawal selia dan mengemaskini рарan kenyataan masjid
Mengemaskini maklumat jadual kuliah mingguan di papan kenyataan
Membantu meningkatkan penggunaan ICT di masjid.
Menjadi Pegawai Penerangan/Pegawai Perhubungan Awam bagi Pihak masjid.
Membantu Pcngerusi/Imam mengumumkan sesuatu arahan/iklan/ maklumat kepada anak kariah .
Memasang banner, bunting dan menyebarkan flyers kepada anak kariah
Sentiasa mengemaskini blog dan akaun facebook masjid.
5. BIRO PEMBANGUNAN & PENGURUSAN HARTA
Merancang pembangunan dan menambahbaik prasarana masjid
Menangani dan menyelenggara sebarang kerosakan masjid dengan segera
Menjaga dan mengawal segala aset-aset masjid dalam keadaan baik
Membantu dan mencari sumber kewangan bagi setiap program pembangunan masjid yang ingin dijalankan dari masa ke semasa.
Bekerjasama dengan ADUN, JKKK atau NGO berkaitan pembangunan masjid
Mengawal operasi dan penjimatan penggunaan elektrik dan air.
Memastikan dan menjaga segala harta masjid tidak di cerobohi atau di salah guna.
6. BIRO MUSLIMAH & KELUARGA
Menjadi agen perhubungan antara muslimah masjid dengan NGO dan masyarakat.
Menjaga kebajikan kaum muslimah dikalangan anak kariah dan masyarakat setempat.
Merancang dan mengadakan program yang boleh menggalakkan dan meramaikan bilangan jemaah muslimah untuk datang ke masjid.
Mewujudkan program yang dapat meningkatkan pendidikan agama.
Mengadakan seminar berkaitan seperti kesihatan, program sains rumahtangga dan kempen menutup aurat.
Menjadi tenaga kerja tambahan dalam semua aktiviti masjid apabila diperlukan.
Menubuhkan kelas pembangunan ekonomi muslimah seperti kelas memasak, menjahit dsb.
7. BIRO BELIA, RIADAH DAN RAKAN MASJID
Merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti keilmuan khusus untuk remaja dan belia.
Mewujudkan jalinan kerjasama yang baik antara belia dan jawatankuasa masjid.
Menjalinkan hubungan dengan NGO atau badan-badan belia di dalam negeri Selangor.
Merancang aktiviti yang boleh memupuk remaja agar cinta kepada masjid
Mengadakan sukan tahunan, pertandingan silat dsb.
Merancang konvoi remaja ziarah masjid ke masjid
Summer camp dakwah dan riadah
8. BIRO TANAH WAQAF & PERKUBURAN
Membangunkan projek pertanian di tanah waqaf perkuburan yang masih kosong
Menambah dan memantau semua tanah waqaf sediada.
Mengurus tanah perkuburan orang Islam di tanah waqaf.
Merancang program gotong-royong membersihkan tanah perkuburan mengikut keperluan
Menyelenggara van jenazah mengikut Jadual dan keperluan.
Mengadakan kursus pengurusan jenazah secara berkala.
Mengemaskini maklumat ahli dan waris simati
Bertanggungjawab memastikan segala kemudahan di tanah perkuburan dalam keadaan baik dan melaporkan segala kerosakan.
Membantu dan bekerjasama dengan badan khairat kematian (Bakkah) dalam urusan berkaitan.
Memastikan kebajikan para petugas berkaitan pengurusan jenazah sentiasa diutamakan.
9. BIRO KECERIAN DAN TAMAN
Menaiktaraf landskap dan menjaga kebersihan dalam & luar masjid
Mengindahkan persekitaran masjid dengan menanam bunga dan pokok-pokok.
Berperanan untuk mengubahsuai dan mencantikkan hiasan dalaman bangunan masjid, dewan solat, dapur dsb.
Menyelenggara kemudahan-kemudahan yang sedia ada di masjid
Merancang program gotong-royong di masjid secara berkala
Mewujudkan taman permainan kanak-kanak
Memastikan cat bangunan masjid sentiasa berkeadaan baik
Berperanan penting untuk menyusun atur kerusi meja, bunga, hiasan dsb pada setiap program seperti forum perdana, ikhtifal masjid dll.
Membina papan tanda dan tunjuk arah
10. BIRO KESELAMATAN, AMAL MAARUF & NAHI MUNGKAR
Pemantauan aspek keselamatan anak kariah & masyarakat di dalam kariah Masjid Al-Huda
Menjaga dan mengawal segala harta benda masjid dari berlaku kecurian
Menjaga keselamatan lalulintas para jemaah setiap kali ada acara besar di masjid
Memastikan semua pemadam kebakaran berfungsi dan berkeadaan baik
Pencegahan aktiviti kemungkaran, maksiat, gejala sosial & vandalisma
Memastikan tiada kegiatan ajaran sesat berlaku dalam kariah masjid
Membenteras kegiatan tahyul dan pemujaan dikalangan anak kariah
Membantu pegawai masjid dalam setiap operasi cegah maksiat dan khalwat
Mewujudkan program kesedaran, seminar dan bengkel hindari maksiat
Menguruskan siasatan dan bertindak atas aduan anak kariah
Mewujudkan kerjasama dengan pihak Polis, JAIS, JKKK dan sekolah