Isnin, 28 Disember 2009

CERAMAH MAAL HIJRAH


OLEH:
YBHG. UST AZRULHAKIM BIN SURADI

TARIKH   : 02hb JAN 2010
HARI       : SABTU
MASA      : SELEPAS SOLAT MAGHRIB
LOKASI   : MASJID AL-HUDA KG PAYA JARAS.

MUSLIMIN & MUSLIMAT SEMUA DIJEMPUT HADIR

ANJURAN:
BIRO DAKWAH & TARBIYAH
MASJID AL-HUDA KG PAYA JARAS, 47000 SG BULOH, SELANGOR DARUL EHSAN.


Jumaat, 25 Disember 2009

Ybhg Ust Dr Azhar Yaakob


DR AZHAR YAAKOB PENCERAMAH YANG HEBAT.

SUNGGOH BERTENAGA. Yang Berusaha Dr Azhar Yaakob sedang menyampaikan ceramah " Hikmah Palestine pada Ummah Islam Sedunia ".

PENUH PERASAAN : " Ya Allah engkau lemahkanlah segala perjalanan orang Yahudi Laknatullah itu " kata Dr Azhar.
RINGKAS & PADAT. YB Dr Hassan pun turut serta menyampaikan sedikit amanat didalam majlis ini.
PENUH SESAK. Tekun mendengar ceramah Dr Azhar.

Masjid Contoh Yang Wajar Dicontohi Semua

Mulanya terdetik di hati ana untuk pergi mengunjungi masjid-masjid contoh yang lain, supaya dapatlah mengembangkan horizon minda. Dan antara masjid yang dirasakan dan disuarakan ialah Masjid Al-Ghufran TTDI.


Teruja juga seketika melihat kawasan masjid tersebut yang tidaklah sebesar mana, tapi tinggi bertingkat-tingkat. Masjid ini bolehlah dikatakan satu masjid contoh kerana inilah satu-satunya masjid yang menjadi 'one-stop center' yang ideal; selaras dengan tuntutan agama, supaya masjid itu menjadi pusat aktiviti manusia.


Antara prasarana yang terdapat dalam masjid ini termasuklah;



a) DEWAN SOLAT - dewan solatnya sederhana sahaja, tidaklah terlalu besar, tetapi kemas dan hiasannya simple. menggunakan sliding door berkaca yang terdapat khat padanya, paris plaster design di hadapan, lampu berwarna kekuningan yang serasi dengan karpet masjid dan perabotnya menyerlahkan lagi keindahan dalaman masjid ini....



b) DEWAN MAKAN - dewan makan di sini boleh memuatkan maksimum seribu orang jika tidak silap, sesuai juga diadakan walimatul urus dan majlis-majlis seumpamanya, tentang masakan, masjid mempunyai kateringnya yang tersendiri....

c) SEKOLAH RENDAH AGAMA - di tingkat atas, terdapat ruangan sekolah rendah agama, ini sangat bagus bagi merapatkan anak-anak dengan masjid, apabila sekolah mereka sendiri di dalam masjid..



d) CONFERENCE ROOM - ya, conference room!!



e) HOTEL - inilah suatu yang mengkagumkan, masjid ini ada HOTEL! serendah RM75 untuk family suite, memang tidak dijangkal hotelnya selesa & sangat berpatutan.. biasanya pada sepuluh malam akhir Ramadhan, penuhlah bilik-bilik di sana ditempah insan-insan yang mahu terus menerus beriktikaf di masjid, menegejar ganjaranNya...

Selain perkara-perkara di atas, masjid ini juga menempatkan rumah imam, kafe, dan ruangan khas mengasuh anak-anak menghafal Al-Quran. Bagaimana ia menjadi one stop center??

a) Apabila sepasang mempelai melangsungkan pernikahan di masjid itu, saudara-mara yang jauh boleh menginap di hotel sana, begitu juga dengan pengantin. Kenduri-kendara boleh terus diadakan di dewan makan masjid keesokan harinya. Dengan ini, pasti lebih Islamik dan terjaga, masuk waktu solat, kedengaran azan, semuanya menunaikan solat. Kalau kenduri-kendara di rumah kan tidak begitu.

b) Para pemandu lori yang memandu dengan jarak yang sangat jauh, singgah sahaja di masjid Ghufran ini, tempah sebuah bilik untuk seorang sahaja, bolehlah menyegarkan badan & berehat sebentar, dan apabila berkuamndang azan, sama-sama bersolat berjemaah.

Indah kan konsep masjid ini. Tahniah kepada pengurusan Masjid Al-Ghufran TTDI :)

Rabu, 23 Disember 2009

TAZKIRAH & KHUTBAH JUMAAT OLEH PENCERAMAH JEMPUTAN

PROGRAM TAZKIRAH & KHUTBAH JUMAAT
(SETIAP BULAN, MINGGU PERTAMA)
Bagi Tahun 2010/ 1431H-1432H

1. 01hb Jan 2010 AF. Ust Dr Azahar Bin Yaakob Hijrah Nabi S.a.w

2. 05hb Feb 2010 Ust Azrulhakim Bin Suradi Fiqh ad-Daulah

3. 05hb Mac 2010 YB Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali Maulid, Nabi S.a.w

4. 02hb Apr 2010 Ust Wan Ji Wan Hussin Sirah Ambiya’

5. 07hb Mei 2010 Ust Sapidin Amran Bahaya Islam Liberal

6. 04hb Jun 2010 Ust Salehin Bin Mukhyi Sakaratul Maut

7. 02hb Jul 2010 Ybhg. Ust Dr Roslan Mohamed Israk & Mikraj

8. 06hb Ogos 2010 Ust Rahim Bin Nasir Ihya’ Ramadhan

9. 03hb Sept 2010 Ust Haslin Bollywood Indahnya Ramadhan

10. 01hb Okt 2010 Ust Anzaruddin UPM Islam. Iman & Ehsan

11. 05hb Nov 2010 Ust Hj Ghazali Bin Omar Haji & Qurban

12. 03hb Dis 2010 AF. Ust Dr Zahazan Mohamed Al-Quran penawar hati

Sebarang perubahan tentatif program akan diberitahu mengikut keperluan. Untuk mendapat update yg terkini sila layari blog masjid di: http://alhudapayajaras.blogspot.com

SUMBANGAN INFAK TUAN/PUAN UNTUK MEMBIAYAI PELBAGAI PROGRAM MASJID, BOLEH DIMASUKKAN KE AKAUN MASJID: CIMB al-Huda: 1229 0009 2050 57

Khamis, 17 Disember 2009

GOTONG ROYONG PERDANA

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA &
PROGRAM CUCI KERETA AMAL 2009


  • TARIKH : 26hb DISEMBER 2009
  • LOKASI : MASJID AL-HUDA KG PAYA JARAS SG BULOH
  • MASA : 7.30am - 12 Tgh Hari

  • AKTIVITI :
  • a) Membersih Kawasan Persekitaran Masjid
  • b) Mengecat Bahagian Luaran Bangunan Masjid
  • c) CUCI KERETA AMAL (RM 10 bagi setiap kereta, cuci luaran sahaja)

Pihak masjid juga sedang menawarkan program saham akhirat (Waqaf Masjid).
Waqaf ini bertujuan untuk pihak masjid membeli:-
  1. Permaidani/carpet baru untuk dewan solat
  2. Membeli cat dan peralatan yang sewajarnya.
  3. Pembesaran bangunan masjid.
Pakej waqaf yang ditawarkan : RM 25 untuk 1 bahagian / lot saham.
Orang ramai yang berminat bolehlah memdapatkan borang penyertaan dan menhubungi pihak masjid untuk maklumat lanjut.

Nazir Masjid : En Aminuddin Hj Amir Hussin : 016- 335 9234
Tim Nazir : Hj Shahril Bin Amiruddin : 019-611 5368

Tuan/puan semua dijemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan gotong royong tersebut.

ISTIMEWA
Para petugas yang hadir awal akan menerima hadiah sehelai T-Shirt PERCUMA. T-shirt adalah terhad..

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431H



Khamis, 18 Jun 2009

Karnival Masjid 2009 "Ilmiah & Ibadah"

Karnival Masjid Bandar Baru Sg Buloh, Selangor

JOM HADIR BERAMAI-RAMAI



























Sg Buloh
, Masjid Bandar Baru Sg Buloh, Selangor Darul Ehsan akan menganjurkan satu Karnival Masjid berbentuk ilmiah & ibadah. Tentatif Karnival tersebut akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 17hb - 19hb Julai 2009
Lokasi : Masjid Bandar Baru Sg Buloh, Jalan 3/2, Fasa 3, Bandar Baru
Sg Buloh, 47000
Sg Buloh, Selangor Darul Ehsan.


Perasmian oleh : YAB TAN SRI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
P.S.M. D.P.M.S D.S.A.P (Menteri Besar Selangor Darul Ehsan)
(
18hb Jul 2009- Sabtu jam 3.00pm)

Persembahan Nasyid oleh: Kumpulan Rabbani

Agenda Karnival:

17hb Julai 2009 (Hari Pertama)
  1. 3.00pm - Majlis Ikhtifal, Tilawah al-Quran, Hafazan & Berzanji.
  2. 8.00pm - selepas solat maghrib, Forum Bicara Ad-Deen,(Ust Wan Ji Wan Hussin - Moderator, Ust Hassan Basri -Ahli Panel 1 & Ust Kamal Ashaari- Ahli Panel 2 . Tajaan oleh Lembaga Zakat Selangor).
18hb Julai 2009 (Hari kedua)
  1. 6.25am - Kuliah Subuh Istimewa oleh AF Ust Malek Salleh (Tafsir al-Quran Sunnah)
  2. 8.30am- Slot Asnaf- Pertandingan Mewarna (kanak-kanak)
  3. 9.00am- Persembahan Nasyid Istimewa dari Kumpulan Rabbani
  4. 10.00am- Kursus Haji Istimewa oleh Af Dato' Ust Hj Md. Daud Che' Ngah (Umum).
  5. 01.15pm - Solat Zuhor & rehat
  6. 2.00pm - Pertandingan Nasyid Perdana
  7. 3.00pm - Majlis Pelancaran & Perasmian oleh YAB TAN SRI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM.
  8. 6.00pm - Penyampaian Hadiah
  9. 8.00pm - Forum Perdana Istimewa oleh Lembaga Zakat Selangor. Penceramah, AF Ust Abadi - Moderator, Ust Uda bin Kasim - Ahli Penal 1 & Ust Halim Din - Ahli Penal 2. (Tahun Zakat Selangor)
19hb Julai 2009 (Hari ke 3)
  1. 6.25am - Kuliah Subuh Special
  2. 8.30am - Pesta Kuiz Perdana
  3. 10.00am - Kuliah Dhuha (Program Smart Solat)
  4. 11.00am - Motivasi Keluarga Islam (Asnaf & LZS)
  5. 1.15pm - Solat Zuhor & Rehat
  6. 2.00pm - Pertandingan memasak & mengayam ketupat (wanita)
  7. 5.30pm - Penyampaian hadiah kepada para pemenang
  8. 8.00pm - Diskusi Perdana sempena Isyrak & Mikhraj oleh - Ust Ghazali Omar-Moderator, Ust Fadhlullah Shuib- Ahli penal 1 & Af Dr Ust Azhar Yaakob.
Menarik.
  1. Pelbagai gerai & booth jualan ( 250 - 300 gerai)
  2. Galeri Mais & Jais
  3. Booth kaunter daftar pengundi - SPR
  4. Galeri I Luv Islam.Com
  5. Gerai LZS
  6. Dll
DI JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI.

Tempahan Gerai dan pertanyaan:

  • Seikh Ismail Dan 013-209 2827
  • Hj Mohd Tajuddin (Nazir) 019-276 6311

Selasa, 31 Mac 2009

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430H

Ahli qariah Masjid al Huda iaitu Tn hj Mohtar baru-baru ini menunaikan ibadah umrah. Cemburu rasa dihati kerana tidak berpeluang mengikuti rombongan beliau tempoh hari.

Gambar kenangan di Jabal Rahmah

Tahun ini telah berlangsung Sambutan Maulidur
Rasul secara besar-besaran

Alhamdulillah semua penduduk & ahli qariah mengambil bahagian masing-masing.

Cuaca yg baik dan berlangsung dengan baik sekali


Para pemimpin juga tidak ketinggalan bersama-sama
menjayakan majlis sambutan Maulidur Rasul



Anak-anak dari Rumah asuhan Islam juga turut serta memeriahkan suasana

Perarakan bermula dari tapak pasar malam sehingga ke Masjid al Huda Paya Jaras.

Jelas.. semua nampak bersemangat, mudah-mudahan segala ajaran dan suruhan Nabi kita Muhammad S.A.W. diamalkan sehingga ke hari kiamat kelak.

Tuan Imam (Hj Yahya) kelihatan mengetuai
perarakan dan bacaan Selawat ke atas Nabi..

Rabu, 28 Januari 2009