Jumaat, 25 Disember 2009

Masjid Contoh Yang Wajar Dicontohi Semua

Mulanya terdetik di hati ana untuk pergi mengunjungi masjid-masjid contoh yang lain, supaya dapatlah mengembangkan horizon minda. Dan antara masjid yang dirasakan dan disuarakan ialah Masjid Al-Ghufran TTDI.


Teruja juga seketika melihat kawasan masjid tersebut yang tidaklah sebesar mana, tapi tinggi bertingkat-tingkat. Masjid ini bolehlah dikatakan satu masjid contoh kerana inilah satu-satunya masjid yang menjadi 'one-stop center' yang ideal; selaras dengan tuntutan agama, supaya masjid itu menjadi pusat aktiviti manusia.


Antara prasarana yang terdapat dalam masjid ini termasuklah;



a) DEWAN SOLAT - dewan solatnya sederhana sahaja, tidaklah terlalu besar, tetapi kemas dan hiasannya simple. menggunakan sliding door berkaca yang terdapat khat padanya, paris plaster design di hadapan, lampu berwarna kekuningan yang serasi dengan karpet masjid dan perabotnya menyerlahkan lagi keindahan dalaman masjid ini....



b) DEWAN MAKAN - dewan makan di sini boleh memuatkan maksimum seribu orang jika tidak silap, sesuai juga diadakan walimatul urus dan majlis-majlis seumpamanya, tentang masakan, masjid mempunyai kateringnya yang tersendiri....

c) SEKOLAH RENDAH AGAMA - di tingkat atas, terdapat ruangan sekolah rendah agama, ini sangat bagus bagi merapatkan anak-anak dengan masjid, apabila sekolah mereka sendiri di dalam masjid..



d) CONFERENCE ROOM - ya, conference room!!



e) HOTEL - inilah suatu yang mengkagumkan, masjid ini ada HOTEL! serendah RM75 untuk family suite, memang tidak dijangkal hotelnya selesa & sangat berpatutan.. biasanya pada sepuluh malam akhir Ramadhan, penuhlah bilik-bilik di sana ditempah insan-insan yang mahu terus menerus beriktikaf di masjid, menegejar ganjaranNya...

Selain perkara-perkara di atas, masjid ini juga menempatkan rumah imam, kafe, dan ruangan khas mengasuh anak-anak menghafal Al-Quran. Bagaimana ia menjadi one stop center??

a) Apabila sepasang mempelai melangsungkan pernikahan di masjid itu, saudara-mara yang jauh boleh menginap di hotel sana, begitu juga dengan pengantin. Kenduri-kendara boleh terus diadakan di dewan makan masjid keesokan harinya. Dengan ini, pasti lebih Islamik dan terjaga, masuk waktu solat, kedengaran azan, semuanya menunaikan solat. Kalau kenduri-kendara di rumah kan tidak begitu.

b) Para pemandu lori yang memandu dengan jarak yang sangat jauh, singgah sahaja di masjid Ghufran ini, tempah sebuah bilik untuk seorang sahaja, bolehlah menyegarkan badan & berehat sebentar, dan apabila berkuamndang azan, sama-sama bersolat berjemaah.

Indah kan konsep masjid ini. Tahniah kepada pengurusan Masjid Al-Ghufran TTDI :)

1 ulasan:

  1. My God videos, download youtube - VideoDl.cc
    Video clips for YouTube. YouTube is a website dedicated to video and music. It offers hundreds of videos youtube mp3 for various entertainment  Rating: 5 · ‎1 vote

    BalasPadam