Bukan sekadar boleh dan berupaya membaca Al Quran, berdoa, bertahlil, malahan boleh menjadi pemimpin dalam pelbagai bidang kehidupan. Disamping menjadi contoh pemimpin yang BERAKHLAK dan BERJIWA BESAR. Yang sentiasa mengajak manusia untuk tunduk dan patuh kepada Allah. Dan sentiasa menjiwai Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
InsyaAllah MATQI akan menjadi pusat pengeluaran pemimpin yang berilmu dan berakhlak yang bertepatan dengan syariat Islam yang sebenar.SUMBER PENDAPATAN
Dua produk utama MATQI ialah ROTI dan AIR PENAWAR. Dengan membawa kepasaran tempatan, roti yang diberikan nama - ROTI TAHFEEZ. Kini semakin mendapat perhatian umat Islam. ROTI TAHFEEZ, diadun dan diproses serta dibungkus oleh pekerja MATQI.
Kedua - dua produk utama MATQI boleh diperolehi melalui tenaga utama MATQI yang berceramah dimerata tempat. Mereka ialah - Al Fadhil Ustaz Sapidin Amran, selaku Mudir MATQI, Al Ustaz Azrul Hakim Suradi dan Ustaz Syamsuda.
Bagi kaum muslimin yang berhajat untuk mendapatkan bekalan roti dalam kuantiti yang besar. Maka anda boleh menghubungi ketiga - tiga nama diatas. Ataupun mengirimkan emel ke alamat seperti yang tertera diatas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan