(1) Suatu Mesyuarat Agung tahunan ahli-ahli Kariah Masjid hendaklah diadakan sebelum berakhirnya bulan Disember tiap-tiap tahun pada tarikh dan waktu yang ditetapkan oleh Jawatan-kuasa Masjid. Perkara-perkara yang hendak dibincangkan di Mesyuarat Agung adalah-
- (a) Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
- (b) Perkara-perkara berbangkit
- (c) Menerima laporan Jawatankuasa Masjid
- (d) Menerima laporan Bendahari dan akuan masjid yang disahkan
- (e) Apa-apa perkara lain.
(2) Sekurang-kurang dua puluh orang ahli Kariah Masjid itu hendaklah hadir untuk mencukupkan korum.
(3) Notis Mesyuarat Agung hendaklah diberi sekurang-kurang satu minggu sebelum tarikh mesyuarat itu hendak diadakan sama ada secara lisan atau tulisan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan