Rabu, 3 November 2010

Mesyuarat Agung Tahunan Ke 12 Masjid Al-Huda Paya Jaras 24 Nov 2010

Peraturan 12. Mesyuarat Agung.

(1) Suatu Mesyuarat Agung tahunan ahli-ahli Kariah Masjid hendaklah diadakan sebelum berakhirnya bulan Disember tiap-tiap tahun pada tarikh dan waktu yang ditetapkan oleh Jawatan-kuasa Masjid. Perkara-perkara yang hendak dibincangkan di Mesyuarat Agung adalah-
    (a) Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
    (b) Perkara-perkara berbangkit
    (c) Menerima laporan Jawatankuasa Masjid
    (d) Menerima laporan Bendahari dan akuan masjid yang disahkan
    (e) Apa-apa perkara lain.


(2) Sekurang-kurang dua puluh orang ahli Kariah Masjid itu hendaklah hadir untuk mencukupkan korum.


(3) Notis Mesyuarat Agung hendaklah diberi sekurang-kurang satu minggu sebelum tarikh mesyuarat itu hendak diadakan sama ada secara lisan atau tulisan.

Khamis, 29 Julai 2010

PENGAJIAN BAHASA ARAB BERSIJIL

Program Pengajian bahasa Arab ini diperkenalkan bagi menyebarkan ilmu 'Lughah Arabiah' kepada masyarakat awam di negeri Selangor Darul Ehsan. Di samping mampu membimbing dan mendidik masyarakat dengan ilmu agama, ia juga berperanan dalam mengimarahkan masjid sebagai tempat ibadah dan tempat menuntut ilmu pengetahuan. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Objektif
  • Mengembalikan peranan masjid sebagai tempat ibadah, tempat menuntut ilmu pengetahuan dengan mengimarahkannya secara lebih efisyen;
  • Menyebarkan ilmu Bahasa Arab kepada masyarakat awam sebagai bekalan menjana kekuatan dalam agama ;
  • Memberi peluang kepada masyarakat awam untuk mendalami ilmu Bahasa Arab , mempraktikan kemahiran asas bahasa arab dan dapat berkomunikasi dengan baik di dalam Bahasa Arab serta memahami al-quran, hadith dan kitab-kitab agama yang ditulis dalam Bahasa Arab ;
  • Masyarakat awam dapat mendalami ilmu Bahasa Arab secara formal melalui guru-guru yang berkelayakan, fasih dan berpengalaman luas;
  • Merealisasikan matlamat Selangor Negeri Maju 2005
Tempoh pengajian
Program ini dijalankan dalam tempoh empat (4) semester . Jumlah jas satu semester adalah sebanyak 50 jam

Tempat dan masa

Program ini dilaksanakan di beberapa buah masjid di seluruh negeri Selangor. Program dilaksanakan pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad) .
Pengiktirafan
Peserta yang lulus peperiksaan akan diberikan sijil yang dikeluarkan oleh JAIS dan KUIS. Bagi yang mempunyai kelayakan SPM dengan mengambil Bahasa Arab atau yang setaraf dengannya, mereka berpeluang mengikuti pengajian peringkat Diploma Pengajian Bahasa Arab yang ditawarkan oleh pihak Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Kelayakan

Individu yang berminat hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun dan warganegara Malaysia.  Kelayakan Bahasa Arab atau Pengetahuan Agama Islam  tidak diperlukan.

Pensyarah/Tenaga Pengajar

Kuliah disampaikan sepenuhnya oleh para pensyarah yang dilantik oleh pihak KUIS atau mana-mana pensyarah yang berkelayakan dari universiti tempatan mempunyai kepakaran dalam bidang yang berkaitan.

Yuran program

Yuran akan dikenakan bagi setiap semester seperti berikut;
Semester 1 hingga Semester 4 :    RM 120.00 (KUIS) setiap semester
RM   20.00(Pengurusan) setiap semester

Subjek Pengajian

Semester 1
Al-Qiraah 1
Al-Istima' wa al-Kalam 1

Semester 2
Al-Qiraah 2
Al-Istima' wa al-Kalam 2

Semester 3
An-Nahw al Asasi 1
Al-Sarf

Semester 4

An-Nahw al Asasi 2
Maharah al Kitabah

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke;
Nazir Masjid Al-Huda @
Unit Pendidikan Masjid Al-Huda
Bahagian Pendidikan Islam
email: nazir.alhuda@gmail.com
016-335 9234: Ust Aminuddin Amir

Selasa, 4 Mei 2010

ZIARAH AMAL & REHLAH JAKARTA-BANDUNG 2010

Jawatankuasa Biro Riadah & Ziarah Masjid al-Huda Kg Paya Jaras sedang menganjurkan satu lawatan amal ke Jakarta-Bandung selama 4H/3M pada bulan Julai 2010.

Pakej lawatan ini akan diketuai oleh Nazir Masjid al-Huda iaitu Ust Aminudin Amir.
Tempahan sudah bermula. (15 peserta telah mendaftar.. Tempah & Daftar segera semasa peluang masih ada. Tazkirah dan Hadiah Misteri ada disediakan)
Tawaran Harga Murah, Hanya RM1050 untuk seorang
termasuk Tiket Penerbangan pergi-balik
(MAS)
Hotel, Pengangkutan perjalanan, Makan& Minum

HUBUNGI KAMI 016-335 9234 Ust Aminuddin Amir alBanjari

Tarikh Berlepas : 29hb Julai 2010 (Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan)
Penerbangan : MAS
Harga Pakej : RM1,050/seorang (Harga Biasa: RM1,259++)
Tempoh : 4Hari/3Malam
Terbuka Kpd : 40 Peserta terawal shj. (15 org telah mendaftar)
Urusetia Anjuran: Biro Riadah& Ziarah Masjid al-Huda